PANDUAN AQIQAH
PENGERTIAN AQIQAH
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM MELAKUKAN AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut.
HAIWAN AQIQAH
Binatang yang disembelih untuk aqiqah memadai seekor kambing, baik untuk anak lelaki mahupun perempuan. Dalilnya:
عق رسول الله (ص) عن الحسن بشاة
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. aqiqahkan al Hasan dengan seekor kambing.”
Walaubagaimanapun, yang afdhal dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan berdasarkan hadis:
أن رسول الله أمرهم عن الغلام شتان متكافئتان و عن الجارية شاة
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka menyembelih dua ekor kambing yang sepadan bagi aqiqah anak lelaki dan seekor bagi anak perempuan.”
Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya: “Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”
(Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
Syarat penyembelihan aqiqah samalah dengan syarat korban dari segi binatangnya, umur, dan tiada kecacatan yang mengurangkan dagingnya. Ini kerana aqiqah merupakan sembelihan sunat yang sama dengan ibadah korban
Berniat aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur
PERKARA SUNAT SEMASA AQIQAH
HIKMAH ‘AQIQAH
Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:
‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

- Berdoa semasa hendak menyembelih:
- بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ … (sebut nama anak)
- Maksudnya:
- “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah…”.
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
- Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
- Memasak daging ‘aqiqah dengan cara manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
HIKMAH ‘AQIQAH
Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
- Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
- Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
- Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
- Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
- Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.